Dalam konteks pengimarahan institusi masjid, PKPP memberikan lebih ruang kepada pihak berkuasa agama negeri untuk memberi kelonggaran kepada masyarakat islam menunaikan ibadah dan solat Fardhu Jumaat di masjid dan surau.
Jabatan Agama Islam Negeri telah mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi kepada semua masjid dan surau bagi perlaksanaan ibadah.
Pengurusan data pendaftaran kariah dan khairat kematian, rekod kehadiran dan infaq online merupakan fungsi utama kegunaan sistem. Penggunaan sistem dan aplikasi dapat membantu masyarakat untuk menginfaq ke masjid selain daripada membantu pihak masjid dalam bahagian pengurusan.